Assalamualaikom...
Tersangatlah lamanya I tak menghupdate babybucuk mommy nih... Tapi hari ni tergerak hati untuk share simptom-simptom ni sebab tak semua tapi ada la sikit yang mommy kena tempias nye... mommy just copy paste dari blog MAMA MURAI...
1. Perubahan ketara pada mood
Perubahan hormon yang berlaku pada awal-awal kehamilan boleh membuatkan
mood anda berubah secara mendadak. Pada masa ini anda lebih mudah
bersifat emosional dan sedih pada sesuatu perkara. (Mood mommy sokmo okey jew)
2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara
Sekiranya kulit di sekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan
anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ianya bukan
petanda jelas anda sedang hamil kerana perubahan tersebut boleh berlaku
akibat ketidakseimbangan hormon yang langsung tiada kaitan dengan
kehamilan atau mungkin juga disebabkan oleh kandungan yang terdahulu.
3. Sembelit
Sembelit atau susah membuang air besar adalah salah satu tanda-tanda
awal terjadinya kehamilan. Peningkatan jumlah hormon progesteron
menyebabkan proses pencernaan berjalan lambat sehingga berlakunya
sembelit. Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk
mengelakkan masalah ini.
4. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari pada awal kehamilan
Lebih kurang 10 atau 14 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan
mengalami sedikit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat
daripada implantasi yang berlaku iaitu sel telur yang telah dibuahi
melekat pada dinding uterus. Pendarahan seperti ini biasanya terjadi
lebih awal, lebih sedikit dan lebih cerah daripada darah haid yang
biasa. (Yang ni mommy tak kena plak)
5. Sakit kepala
Sesetengah wanita akan mengalami sakit kepala yang ringan pada awal
kehamilan terutamanya minggu pertama kehamilan. Sakit ini mungkin
disebabkan oleh peningkatan sirkulasi darah akibat perubahan hormon yang
berlaku. (Part ni mommy sampai demam-demam)
6. Kerap membuang air kecil
Pada peringkat ini janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin
membesar mula menekan pundi kencing anda, ini menyebabkan anda kerap
membuang air.
7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness tidak akan menyerang pada
minggu awal kehamilan, kecuali selepas minggu keempat sehinggalah ke
minggu kelapan kehamilan. Segelintir wanita akan mula merasa mual dan
luar biasa pada lidah walaupun baru beberapa hari mengandung. Sensasi
ini biasanya terjadi akibat daripada perubahan sirkulasi saat pembuluh
darah dalam tubuh anda membesar dan tekanan darah anda menurun. Selain
itu, ianya juga boleh berlaku disebabkan oleh rendahnya gula darah anda. (ooooo yang ni mommy rilex je..hihihi)
8. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada mereka yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi
pada ibu-ibu yang berada pada minggu pertama kehamilan. Jangan
bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku
disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah dengan alat
ujian kehamilan dan membilang hari anda.
9. Merasa tidak bermaya
Hormon yang dikeluarkan pada awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa
letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya kerap terjadi di awal
kehamilan kerana pada minggu pertama kehamilan, tubuh anda bekerja
dengan sangat keras untuk mengeluarkan hormon dan memproduksi lebih
banyak darah untuk membawa nutrisi kepada janin anda. Keadaan ini
menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung. Tambahan pula kehadiran
hormon progesteron dalam jumlah yang banyak menyebabkan anda merasa
mengantuk.
10. Sakit dan tegang pada payudara
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sensitif
dan merasa sakit bila disentuh. Payudara anda juga akan mengalami
perubahan ketara iaitu lebih penuh dan berat serta mulai membesar
sebagai persiapan memproduksi susu ibu. Perubahan tersebut akan lebih
jelas sekiranya itu adalah kehamilan pertama anda.
11. Suka dan alah kepada makanan/minuman atau bauan tertentu
Menutup hidung dari makanan, minuman atau bauan tertentu juga merupakan
salah satu tanda-tanda awal yang menunjukkan bahawa anda sedang
mengandung. Kebiasaannya bauan yang terlalu tajam dan menusuk hidung
akan memberi kesan mual kepada sesetengah wanita. Perubahan hormon yang
berlaku menyebabkan selera dan keinginan makan anda turut berubah ketika
mengandung. Keadaan ini mewujudkan satu fenomena yang kita panggil
mengidam. (apa yang mommy gila makan dulu skang nii tengok pun tak lalu....)
12. Suhu asas badan yang meningkat
Suhu asas badan diambil semasa bangun pagi pada setiap hari. Sekiranya
anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas
anda setiap pagi, anda akan mendapati paras suhu badan secara konsisten
melebihi paras asas sejak dari hari pertama ianya diukur.
No comments:
Post a Comment