Thursday, November 29, 2012

Diet Wanita Hamil Pengaruhi Pertumbuhan Embrio


 
LONDON: Tabiat pemakanan wanita ketika hamil mungkin mempengaruhi jantina bayinya dengan kajian menunjukkan diet berkalori tinggi dan sarapan biasa mungkin meningkatkan peluang kelahiran bayi lelaki.

Penyelidik Barat berkata, kecenderungan ibu moden untuk memilih diet berkalori rendah mungkin menjadi penyebab mengapa kelahiran bayi lelaki semakin menurun di negara maju. Kajian oleh Universiti Exeter dan Universiti Oxford itu disiarkan dalam jurnal Biological Sciences.

Kajian memberi tumpuan kepada 740 wanita yang hamil kali pertama di Britain, yang diminta menyediakan laporan tabiat pemakanan mereka sebelum dan ketika tahap awal kehamilan. Penyelidik mendapati 56 peratus wanita dengan pengambilan tenaga paling tinggi ketika waktu kehamilan melahirkan bayi lelaki, berbanding cuma 45 peratus di kalangan wanita yang mengambil tenaga paling rendah.

Wanita yang memiliki anak lelaki juga kemungkinan makan dalam kuantiti lebih banyak dan pelbagai jenis zat termasuk potasium, kalsium dan vitamin C, E can B12. Mereka juga kemungkinan mengambil bijirin ketika bersarapan.

Sejak lebih 40 tahun lalu terdapat penurunan kecil tetapi konsisten, iaitu kira-kira satu dalam setiap 1,000 kelahiran setiap tahun bagi bayi lelaki dilahirkan di negara maju termasuk Britain. Penyelidikan terdahulu juga menunjukkan penurunan dalam purata pengambilan makanan bertenaga di negara maju dan juga ada bukti lebih ramai yang tidak mengambil sarapan. Saintis sudah mengetahui di kalangan haiwan, lebih banyak anak jantan dilahirkan apabila ibunya mempunyai banyak sumber makanan. Fenomena itu dikaji mendalam di kalangan haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang tetapi juga terbukti berlaku pada kuda, lembu dan beberapa spesis rusa.

Ketua penyelidik, Dr Fiona Mathews berkata: “Kebanyakan lelaki berpotensi menjadi bapa kepada ramai anak berbanding wanita tetapi ini boleh dipengaruhi oleh saiz atau status sosial lelaki berkenaan, dengan lelaki berkualiti rendah gagal menghasilkan zuriat langsung. “Sebaliknya wanita dapat melahirkan anak dengan lebih konsisten. Jika ibu mempunyai banyak sumber pendapatan, adalah masuk akal baginya untuk melahirkan anak lelaki kerana anak lelaki dapat menghasilkan lebih ramai cucu berbanding anak perempuan.” Penyelidikan membuktikan bahawa paras tinggi glukos menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan embrio lelaki dan pada masa sama menyekat embrio perempuan.

Dr Allan Pacey, pakar kesuburan di Universiti Sheffield berkata ada bukti yang jelas alam semula jadi boleh mempengaruhi nisbah jantina dalam jumlah penduduk sebagai tindak balas kepada keadaan tertentu. Bagaimanapun, katanya: “Saya menggesa wanita supaya tidak menahan kelaparan dalam usaha untuk mempengaruhi jantina bayi.” - Agensi

1 comment:

Unknown said...


kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)