Thursday, November 29, 2012

Diet Wanita Hamil Pengaruhi Pertumbuhan Embrio


 
LONDON: Tabiat pemakanan wanita ketika hamil mungkin mempengaruhi jantina bayinya dengan kajian menunjukkan diet berkalori tinggi dan sarapan biasa mungkin meningkatkan peluang kelahiran bayi lelaki.

Penyelidik Barat berkata, kecenderungan ibu moden untuk memilih diet berkalori rendah mungkin menjadi penyebab mengapa kelahiran bayi lelaki semakin menurun di negara maju. Kajian oleh Universiti Exeter dan Universiti Oxford itu disiarkan dalam jurnal Biological Sciences.

Kajian memberi tumpuan kepada 740 wanita yang hamil kali pertama di Britain, yang diminta menyediakan laporan tabiat pemakanan mereka sebelum dan ketika tahap awal kehamilan. Penyelidik mendapati 56 peratus wanita dengan pengambilan tenaga paling tinggi ketika waktu kehamilan melahirkan bayi lelaki, berbanding cuma 45 peratus di kalangan wanita yang mengambil tenaga paling rendah.

Wanita yang memiliki anak lelaki juga kemungkinan makan dalam kuantiti lebih banyak dan pelbagai jenis zat termasuk potasium, kalsium dan vitamin C, E can B12. Mereka juga kemungkinan mengambil bijirin ketika bersarapan.

Sejak lebih 40 tahun lalu terdapat penurunan kecil tetapi konsisten, iaitu kira-kira satu dalam setiap 1,000 kelahiran setiap tahun bagi bayi lelaki dilahirkan di negara maju termasuk Britain. Penyelidikan terdahulu juga menunjukkan penurunan dalam purata pengambilan makanan bertenaga di negara maju dan juga ada bukti lebih ramai yang tidak mengambil sarapan. Saintis sudah mengetahui di kalangan haiwan, lebih banyak anak jantan dilahirkan apabila ibunya mempunyai banyak sumber makanan. Fenomena itu dikaji mendalam di kalangan haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang tetapi juga terbukti berlaku pada kuda, lembu dan beberapa spesis rusa.

Ketua penyelidik, Dr Fiona Mathews berkata: “Kebanyakan lelaki berpotensi menjadi bapa kepada ramai anak berbanding wanita tetapi ini boleh dipengaruhi oleh saiz atau status sosial lelaki berkenaan, dengan lelaki berkualiti rendah gagal menghasilkan zuriat langsung. “Sebaliknya wanita dapat melahirkan anak dengan lebih konsisten. Jika ibu mempunyai banyak sumber pendapatan, adalah masuk akal baginya untuk melahirkan anak lelaki kerana anak lelaki dapat menghasilkan lebih ramai cucu berbanding anak perempuan.” Penyelidikan membuktikan bahawa paras tinggi glukos menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan embrio lelaki dan pada masa sama menyekat embrio perempuan.

Dr Allan Pacey, pakar kesuburan di Universiti Sheffield berkata ada bukti yang jelas alam semula jadi boleh mempengaruhi nisbah jantina dalam jumlah penduduk sebagai tindak balas kepada keadaan tertentu. Bagaimanapun, katanya: “Saya menggesa wanita supaya tidak menahan kelaparan dalam usaha untuk mempengaruhi jantina bayi.” - Agensi

Tanda-tanda awal kehamilan.

Assalamualaikom...

Tersangatlah lamanya I tak menghupdate babybucuk mommy nih... Tapi hari ni tergerak hati untuk share simptom-simptom ni sebab tak semua tapi ada la sikit yang mommy kena tempias nye... mommy just copy paste dari blog MAMA MURAI... 


1. Perubahan ketara pada mood
Perubahan hormon yang berlaku pada awal-awal kehamilan boleh membuatkan mood anda berubah secara mendadak. Pada masa ini anda lebih mudah bersifat emosional dan sedih pada sesuatu perkara. (Mood mommy sokmo okey jew)

2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara
Sekiranya kulit di sekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ianya bukan petanda jelas anda sedang hamil kerana perubahan tersebut boleh berlaku akibat ketidakseimbangan hormon yang langsung tiada kaitan dengan kehamilan atau mungkin juga disebabkan oleh kandungan yang terdahulu.

3. Sembelit
Sembelit atau susah membuang air besar adalah salah satu tanda-tanda awal terjadinya kehamilan. Peningkatan jumlah hormon progesteron menyebabkan proses pencernaan berjalan lambat sehingga berlakunya sembelit. Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mengelakkan masalah ini.

4. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari pada awal kehamilan
Lebih kurang 10 atau 14 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedikit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat daripada implantasi yang berlaku iaitu sel telur yang telah dibuahi melekat pada dinding uterus. Pendarahan seperti ini biasanya terjadi lebih awal, lebih sedikit dan lebih cerah daripada darah haid yang biasa. (Yang ni mommy tak kena plak)

5. Sakit kepala
Sesetengah wanita akan mengalami sakit kepala yang ringan pada awal kehamilan terutamanya minggu pertama kehamilan. Sakit ini mungkin disebabkan oleh peningkatan sirkulasi darah akibat perubahan hormon yang berlaku. (Part ni mommy sampai demam-demam)

6. Kerap membuang air kecil
Pada peringkat ini janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, ini menyebabkan anda kerap membuang air.

7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness tidak akan menyerang pada minggu awal kehamilan, kecuali selepas minggu keempat sehinggalah ke minggu kelapan kehamilan. Segelintir wanita akan mula merasa mual dan luar biasa pada lidah walaupun baru beberapa hari mengandung. Sensasi ini biasanya terjadi akibat daripada perubahan sirkulasi saat pembuluh darah dalam tubuh anda membesar dan tekanan darah anda menurun. Selain itu, ianya juga boleh berlaku disebabkan oleh rendahnya gula darah anda. (ooooo yang ni mommy rilex je..hihihi)

8. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada mereka yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada ibu-ibu yang berada pada minggu pertama kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah dengan alat ujian kehamilan dan membilang hari anda.

9. Merasa tidak bermaya
Hormon yang dikeluarkan pada awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya kerap terjadi di awal kehamilan kerana pada minggu pertama kehamilan, tubuh anda bekerja dengan sangat keras untuk mengeluarkan hormon dan memproduksi lebih banyak darah untuk membawa nutrisi kepada janin anda. Keadaan ini menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung. Tambahan pula kehadiran hormon progesteron dalam jumlah yang banyak menyebabkan anda merasa mengantuk.

10. Sakit dan tegang pada payudara
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sensitif dan merasa sakit bila disentuh. Payudara anda juga akan mengalami perubahan ketara iaitu lebih penuh dan berat serta mulai membesar sebagai persiapan memproduksi susu ibu. Perubahan tersebut akan lebih jelas sekiranya itu adalah kehamilan pertama anda.

11. Suka dan alah kepada makanan/minuman atau bauan tertentu
Menutup hidung dari makanan, minuman atau bauan tertentu juga merupakan salah satu tanda-tanda awal yang menunjukkan bahawa anda sedang mengandung. Kebiasaannya bauan yang terlalu tajam dan menusuk hidung akan memberi kesan mual kepada sesetengah wanita. Perubahan hormon yang berlaku menyebabkan selera dan keinginan makan anda turut berubah ketika mengandung. Keadaan ini mewujudkan satu fenomena yang kita panggil mengidam. (apa yang mommy gila makan dulu skang nii tengok pun tak lalu....)

12. Suhu asas badan yang meningkat
Suhu asas badan diambil semasa bangun pagi pada setiap hari. Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras suhu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ianya diukur.

Wednesday, August 29, 2012

RINDU


                     RINDU KAMU KAMU!!!!!

SEMANGAT!!!!

Salam....

   Ape kabor teman teman sekalian alam....it was so so long time i tak menghupdate cintahati ni rindu bebenor rasa tapi apakan daya I agak kebizian keakhiran ni maklumlah bizi dengan persiapan perkahwinan hehehe.Nanti I kasi upload gambar gambar time I wedding tue yee....

Actually, bukan cerita bab kahwin je I nak share, banyak lagi cuma belom berkesempatan nak diluahkan kat sini.. Hope uolls sabar eh..I sedang kumpul semangat nk kekuatan lagi ni..
MAAF ye kamu kamu... ^______^


 
I kasi share pic ni dulu la ye....enjoy!!!

Thursday, January 12, 2012

ShoutMIx Problem???


Assalamualaikom wbt...
 
Sila perhatikan gambar diatas...i heran kenapa shoutMix i jadi macam ni..
Yang uolls punya begini jugak ke? Kalo jadi cenggini cane nak baiki eh??
 
Heran la tetiba je cani macam nih...If uolls tau tolong share eh maklum la i ni budak baru belajaq tak tau sangat kalo terjadi kes yang macam nih. 
Jasa uolls sangat la i kenang kerana membantu..
 
 TQ so much!!!!

Monday, January 9, 2012

QUOTES

"when love comes to you, don't refuse it by thinking
you are not worthy. You are worthy, or love couldn't come your way."

                                                               ~JOHN-ROGER~

Saturday, January 7, 2012

QUOTES


"When I saw you I was afraid to meet you. When I met you I was afraid to kiss you. When I kissed you I was afraid to love you. Now that I love you, I am afraid to lose you."

                                                                        - Anonymous-

Sunday, January 1, 2012

HAPPY NEW YEAR 2012


Assalamualaikum wbt....

Harini 1/1/2012.
 Start a new chapter untuk tahun ni. Permulaan hari di tahun baru biasebiase je just lepak di rumah tanpa teman....tv *hujunghujung tan ni la buat perangai nye rosak la plak*..hubby *beliau sedang bercuti di kampung* kejam tau tinggal i sensorang kat sini.

Aktiviti i harini buat marathon tonton movie di rumah je.
Macammacam dah movie i layan ni..ada yang dah berkalikali i rotate tanpa jemuh.
Antaranya comfirmcomfirm la OMBAK RINDU kan....hehhe

i bisa rotate tanpa jemu.

Drama ni pun not bad jugak....tak sangka JOHAN ASARI bole acting in comedy
*good job dear*

Currently tengah layan movie ni ntah yg keberapa kali dah rotate.

Tadi layan movie ni jugak...hmmm bole la cite nih.
Layan pun sebab ZAHIRIL ADZIM je hehehhe.

Antara list cerita yang i layan untuk harini. Borink dowh!!!
Esok 1 hari lagi i kena tempuh azab ni....tidakkkkk!!!!

Azam taun baru....

1. nak jadi muslimah sejati.
2. nak khatam quran
3. nak jaga solat supaya tak lopong
4. nak jadi isteri kepada
5. nak ambik lesen
6. nak langsaikan hutang
7. nak jadi pekerja yang berdedikasi taknak mainmain dah
8. nak jadi ayu .....????? *betul ke ni*
PALING PENTING.....
NAK BAHAGIAKAN MAMA n ABAH!!!!!!!!!


maaf entry kali ini agak terpesong dari tujuan asal.