Friday, July 29, 2011

MIDNIGHT SHOW.

Hello everybody....how are you???? I'm fine thank you..entry for today i nak share activity yang i buat a few days ago..I pi tengok HARRY POTTER7 Part 2. Finally ada pun ending cite nih.heheh. I Maya n Azna planned nak booking called directly je sekali bila dah banyak kali dok try test..asyik engaged jew..*huh*penat mak nak kol lagi nyah....

Last last we'olls walk in je la. Yang ada time tue pukol 9 p.m n 10p.m. tapi seat nye mak oiii depan skali tue. Takmo lah...tempah sakit tengkok buat ape. So kami pilih tengok 3d tapi pukol 12.05 a.m. Sementara ade masa yang terluang beberapa jam tue kami pun pegi SHOPPING!!!!!.

 Setelah penat menghabiskan duit di VINCCI, dok melepak plak kat depan kolam sambil ambik angin malam.

AURA...
hahaha kami yang ada aura yang tersendiri. U'olls nampak tak????? Kalo tak nampak siap la..
3xJumaat ghaib.

 WHAT EVER WILL BE WILL BE.
 Masa dah time tapi kita posing dulu jap bersama tiket.

 MY GIRLFRENS.

 SHOW TIME...
nak kena masuk awal ni tiap iklan tue tak bole missed coz dah bayor mahal.
RM17 oooo...tapi i rasa murah sikit kot sebab last year tengok cite SHREK 3d kat Sunway Pyramid cam mahal sikit.




KAMI YANG SUPER COMEL..
*maaf kualiti gambar kurang memuaskan sebab pakai camera hanset jew*

Kamu kamu...thanks eh..dah lama tak rasa happy macam nih. ~Dah lama kan kita tak spend time together gether macam nih~. Since Azna futher study last year ni la first time kami dapat spend time watching movie...shopping..makan mcd. Bebs...i rasa best sangat. I have a great moments with u both.

I LOVE U BOTH.


notakaki> nak p makan buah durian kat danau,ANM.

Tuesday, July 26, 2011

SEMALAM @ TUPAI-TUPAI RESTORAN.

   Assalamualaikum wbt...semalam i n maya pergi membesar dan meluaskan perut makan steamboat kat SQUIRREL RESTAURANT a.k.a RESTORAN TUPAI TUPAI Bangi kat Jalan Reko. 
Sebulan sekali aih...makan steamboat nih. Bulan lepas kat Red Wok, Kajang. 

 Menunggu untuk dilayan. 
U know what..salah sorang waitress kat sini adalah peserta MENTOR. Tapi i takde la amik gambor dia just usik usik je bila dia datang kat meja kitorang.

 Kat sini ade tomyam special iaitu tomyam air kelapa muda.
Rasa not bad, sedap la bila hirup takde la rasa kunyit lengkuas semata. Orang cakap secukup rasa la rasa nya. hehehe.

 Udang+kepah+sotong besar+macam macam jenis ball la.

cendawan tiram+bendi berinti
(sorry i taktau nama saintifik bendi ni so i pangil bendi berinti je)

 Kangkong+brokoli

 Ni dah second round makan. Bestnya makan steamboat kat sini dia dihidangkan dengan 2 jenis soup dan tomyam. Kalo nak lagi best ambik la tomyam air kelapa muda memang super sedap la.

 tu...dia, muka makan tak hengat punya.
~burok~

 Bertukar...tetiba wajah bertukar jadi comey...
hahah...harus control diri.

 Jelingan cik maya.

 Sangat sopan. 
ye puan2 adik2 kakak2 kalo makan makan biar bersopan cengini yeh. Segala kulit kulit udang tue jangan dibiarkan bersepah kat keliling pingan atau meja tapi kumpul la letak dalam mangkok .hehehe kan ke comel je nampak.

 Harga makan kat sini pun agak berpatutan RM25 per head. Kira okey la tue kan u'olls bole makan sampai tersandaq kot. 


Okey la..setakat nih jew entry hari nih kita jumpa pulak esok esok kew kalo i rajin nak update..tapi insyaallah musti rajin punya..don worry.


notakaki> hati sangat kusot banyak hati mau jaga hati sendiri terkepit.

Thursday, July 14, 2011

FRUST!!!


F.R.U.S.T!!!!!

Thanks to you.
notakaki> mood sentap.

ANGRY BIRDS GAME.

 

Game for today...ANGRY BIRDS.
I baru dapat dari AIN. Bikin panas je game nih coz susah betul nak matikan oink oink hijau nih lucky burung burung nih comel. Si oink oink hijau nih pun bole tahan. Bunyi nye tue yang tak tahan. Kalo kamo kamo main nanti kamo tau la cane bunyi nye yek.

Sila ooo sila....hehhe
Thats all for todays's entry.
Assalamualaikom wbt. 

notakaki> tak jadi puasa harinih.

Wednesday, July 13, 2011

Lunch @ Equatorial Hotel.


Makan makan...Today dengan murah hatinya mummy treat ME.MIMMIE.AIN.AINI n PAYJA dekat HOTEL EQUATORIAL,BANGI. Awal awal lagi mummy dah pesan ~kosongkan perot kamo kamo eh...nanti makan banyak banyak.~ 
 
Mulanya nafsu makan beraja di hati nih tapi bila dah 2round makan nah kao...tersandar kekenyangan umpama ular sawa batik dah telan sekor lembu...oh nooo!!
Time lapar tadi tak teringat nak ambik gambar main course dah habis separuh pingan baru nak ambik...too late baby...huh!!! So I sempat snap desert je. Bahan bahan untuk desert ni banyak guna coklet so memang gelap mata la I nih bila nampak coklet kan. Ada coklet moist..coklet fountain...puding coklet...banyak lagi la yang guna coklet. Paling best puding roti bersama sos vanilla mantop arr!!!

 






 
Buah prune+coklet+coklet moist peanut butter+coklet pie+puding coklet+
puding roti+vanila sauce.
Okey lah..setakat nih jew I mampu share, sakit perut nih perut penuh.

notakaki> RM55 per-head, makan sampai tersandar kamoo.

Wordless Wednesday*3

 

notakaki> yang ni bole??

Tuesday, July 12, 2011

BARAKALLAH HULLAKUM.

                                                                        Guest book.

Assalamualaikum...BARAKALLAH HULLAKUM. SELAMAT PENGANTIN BARU buat FADHLI n AIMI.
Last week Mummy ade melangsungkan perkahwinan puteri beliau yang sulong. Beliau ade mintak tolong I jadi flower girl opsss sesilap pulak jadi GOODIES GIRL la...haipppp jangan perasan okey...kao da tua tak sesuaii kot.

Saya mau sain jugak....
selamat berbahagia kamu berdua.

Pelamin mereka yang simple but nice. 
So orengy...love it.

Inilah pengantin nye...sama cantik sama padan.
*muka pengantin laki nih sebijik muka boss I*

Dok ralit snap sorg pakcik cameraman tapi sempat lagi pakcik cameraman lain snap I.
*sila perhatikan tudung saya cantik tak??*

Kompang kids..comel lah mereka nih.

Time nih keje I kena cabut bunga telur untuk dikasi kepada mereka yang menepung tawar pengantin. Seperti biasa masih sempat berposing.

Tiba time untuk kami merosak kan pelamin mereka. Maaf yek tuan/puan pengantin kami pinjam kejap jew. Nak merasa dok atas pelamin nih je sambil ambik berkat kamoo.

Perhatian:// pengantin lelaki hanya pinjaman yang ori dok jauh sangat. Sila jangan kontroversikan gambar ini okey!!!. *warning nih*

 
.... I ... 
kalo lah kamo kamo ade rasa nak pakai tudung bling bling mcm i nih bole lah oder kat i yek. Tak mahal pun...sangat la mewah batu batunye. sila pm i kat ashyqina. The more the murah murah.

notakaki> bercampor adok macam macam.

Monday, July 11, 2011

FLORIA PUTRAJAYA 2011

Hello everybody.....How are you??? Hope uolls very. Last Sunday, me n my fren a.k.a housemate pegi jejalan kek PESTA FLORIA PUTRAJAYA 2011.

Sangat banyak garden yang cantik cantik. Meriah dengan pokok pokok bebunga. Macam kat Cameron Highland laaa.
Rehat sebentar sambil berposing di bawah pondok comel.

Hah!!! kao bunga pun nak makan ke??? *sangat la senget*

Maya n me. ohhh no..got muffin!!!!

Penataan cahaya agak cerah disini. Kena belajar lagi cana nak guna manual nih. Haruslah!!!!

Tunggu CINTA.

Sangat suka dengan bunga nih. Tapi ape eh nama dia???
Sila google okey.....

Friday, July 8, 2011

BIG CITY ADVENTURE, SAN FRANCISCO.


Assalamualaikum....good morning. Entry hari nih..I nak syer lagi pasal game. BIG CITY ADVENTURE San Francisco. Memang best jugak game nih sebab mungkin kena dengan taste I kot wahahaha..I suke game nih sebab kena cari barang barang tersembunyi. Haiiii jenuh mata nih dok tenang cari bendalah tue. 

Semalam baru I dapat balik dari AIN setelah 2tahun lost.Beliau la tukang supply game kat kami di opis nih. Sebelom nih time I keje kat MENARA TIMA tue, game ni lah peneman dikala I keboringan memang lagho la dok layan game nih. 

Semalam jugak I dok layan game nih. Dok sorang sorang, takde ape nak buat. CIK MAYA pulak ketidoran keawalan malas nak kaco.

Okeylah..setakat nih aje la yang dapat I syer dengan korang. I nak mekap mekap sikit. Satgi nak ke rumah MUMY pulak, anak beliau akad nikah arini. I nak folow 2orang mamat kat opis ni *mau belajar amik gambo orang kawen* dengan dorang.

^_________^

Daaaaa..

notakaki> takde mende!!!

Thursday, July 7, 2011

BATU KARANG.

Terbentuk kerana tabiat pemakanan dan kurang minum air

ZAMAN berubah, tetapi ada nasihat orang tua dulu-dulu yang masih berguna. Antaranya ialah jangan suka menahan kencing kerana ia boleh menyebabkan batu karang. Walaupun tiada bukti saintifik yang boleh menyokongnya, ia tidak boleh dipandang ringan kerana nasihat ini banyak manfaatnya.

Secara logiknya, apabila seseorang cuba menahan kencing, dia akan kurang minum. Jika kurang minum, air kencing menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang boleh membentuk batu karang.

Masalah ini lebih ketara bagi penduduk negara yang panas seperti Malaysia, bekerja dalam persekitaran panas atau bersenam keterlaluan dan kurang minum menggantikan semula air yang hilang.

Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis.

Daripada buah pinggang, air kencing dipindahkan ke pundi kencing melalui saluran ureter. Di sinilah air kencing disimpan sehingga ia dibuang daripada badan. Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yang bertugas membantu mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan magnesium.

kehadiran batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan.Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera supaya kerosakan buah pinggang dapat diperlahankan dan disusuli dengan penjagaan pemakanan serta mula bersenam bagi mengelakkan pembentukan batu karang berulang.

Biasanya batu karang menyebabkan rasa yang sangat sakit pada bahagian tepi perut. Bagaimanapun, ia tidak berlaku pada semua orang. Ada juga pesakit batu karang yang tidak mengalami tanda dan masalah mereka dikesan secara tidak sengaja iaitu apabila menjalani pemeriksaan kesihatan bagi tujuan lain.

Banyak punca boleh menyebabkan pembentukan batu karang, tetapi faktor utamanya ialah tabiat pemakanan dan kurang minum air. Batu karang biasanya terbentuk apabila air kencing menjadi terlalu pekat.

Ini menyebabkan mineral dalam air kencing termendak dan mula membentuk kristal. Lama kelamaan, kristal ini bergabung dan membentuk seketul batu yang keras.

Batu karang yang kecil boleh masuk ke pundi kencing tanpa mengakibatkan kerosakan. Pergerakan batu karang ini menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang atau sisi di bawah tulang rusuk. Kesakitan akibat batu karang lebih memuncak apabila batu ini pecah dan terhenti bergerak.

Banyak faktor boleh mempengaruhi perubahan air kencing kita seperti keturunan, pemakanan, ubat, cuaca, gaya hidup dan masalah kesihatan. Semuanya memberi sumbangan tertentu kepada pembentukan batu karang.

Faktor risiko

Banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya:

Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.

Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.

Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air. Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.

Batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup. Selain itu setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah, iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.

Ini kerana melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.

Jenis

Batu karang ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:

> Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.

> Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.

> Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.

> Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.

Gejala

Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara lima hingga 15 minit.

> Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.

> Air kencing berdarah.

>
Air kencing keruh dan berbau busuk.

>
Mual dan muntah.

>
Sentiasa terasa hendak kencing.

>
Demam dan menggigil (jika ada jangkitan). 

 Sumber. 

Tuesday, July 5, 2011

ONCE UPON A TIME In .........

 Holo......sesaje je letak pics nih. Dah lama kot baru nak upload kat blog nih..ni just beberapa je..in memories teringin nak pi lagik.....taktau la bila pulak akan sampai kesana.






notakaki> tak puas jalan, xdapat p pulau...Y_______Y