Wednesday, March 10, 2010

Lelaki

Semua pasangan mengharapkan kehidupan selepas perkahwinan menjadi realiti dan seperti yang diimpikan. Semua berharap situasi mesra dan keghairahan di alam awal perkenalan atau zaman percintan terus berkekalan ataupun ianya menjadi lebih sempurna.
Sungguhpun jodoh pertemuan adalah merupakan ketentuan dari Allah, namun usaha dan tindakan kita juga penting untuk menentukan pasangan yang dipilih adalah merupakan yang terbaik dan bersesuaian untuk kita. Terdapat banyak buku dan kitab-kitab serta rencana yang membicarakan isu ini dan secara keseluruhannya bersetuju bahawa beberapa ciri berikut adalah merupakan sifat-sifat terpuji yang patut ada pada suami atau bakal pasangan kita.

1. Pilihlah lelaki yang sempurna sifatnya samada fizikal atau mentalnya.

2. lelaki yang ada pegangan agama dan mematuhi peraturan hidup dunia dan akhirat.

3. Lelaki yang tidak bakhil dan tidak bermewah-mewah atau bermegah meninggi diri.

4. Lelaki yang berkeupayaan serta mampu untuk menyara kehidupan berkeluarga (mampu bayar sewa rumah dan menanggung lain-lain perbelanjaan harian).

5. Lelaki yang tidak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah atau sia-sia.

6. Tidak memilih lelaki yang kuat merokok, suka berpeleseran, kaki botol, kaki judi dan yang pasti bukan penagih dadah.

7. Pastikan pasangan anda tidak suka melihat wanita lain dan bergaul mesra dengan gulungan wanita yang anda tidak kenali.

8. Pilihlah lelaki yang suka kepada kebersihan dan ada sifat suka menolong atau yang ringan tulang.

9. Lelaki yang mempunyai latarbelakang keluarga yang baik serta mempunyai keperibadian yang tinggi dalam masyarakat dan institusi.

10. Lelaki yang beriman dan beramal soleh serta mengikut petunjuk Al-Quran dan Sunnah Rasul.

Insyaallah berkat doa dan niat kita yang murni untuk memperoleh pasangan yang baik bagi memimpin kita ke jalan yang benar akan mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah swt.

No comments: