Wednesday, March 10, 2010

Ibu, Anak Dan Menantu

Suzana (nama sebenar)dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang
paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama
di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...

Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di
sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur...
mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi.........
tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya.. '

Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk
mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana.

Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn
seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd
jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman &
mnyimpan dendam terhadap Razman..

Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U
itu........dengan niat utk memisahkan mereka.

Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan
meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan
percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat
untuk Razman.

Setelah setahun berlalu mereka pan di ijab qabul kan ...... Mereka
berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman.......tapi malang telah
menimpa mereka......

Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke
Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan
muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat.
Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan......

Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2.
Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya......
tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya anaknya menjadi cacat
seumur hidup.

Razman cuba utk memperbaiki keadaan........Razman bertemu dengan doktor
bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya.
Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak
menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.

Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira
melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun
dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam.
Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.

Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang
sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya.
Doktor terdiam seketika lalu menjawab......penderma tersebut menyuruh
saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur
dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya
berkali-kali.

.......................

Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah
mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri
kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu
mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit
punggung menantunya yang dibenci.
Macamana erkkk reaksi ibu mertua

No comments: