Wednesday, March 31, 2010

Sukarnya Memahami Lelaki.

Semua mengetahui bahawa wanita dan lelaki itu amat berbeza daripada segala segi. Cuma,ada segelintir masyarakat khususnya wanita sengaja
memandang sepi perbezaan yang nyata disedari mereka.Mungkin, golongan seperti ini perlu meneliti buku, For Women Only : What You Need to Khow About the Inner Lives of Men hasil tulisan Shaunti Feldhahn.

Menariknya,buku ini menceritakan tentang kebenaran yang mengejutkan berkaitan lelaki hasil temubual penulis bersama lebih seribu kaum Adam.

1.Lelaki lebih suka rasa dirinya tidak disayangi daripada berasa serba kekurangan dan tidak dihormati.

Para suami perlu tahu bahawa isteri mereka sebenarnya amat menghormati mereka tidak kira secara peribadi atau di khalayak ramai.

2.Lelaki akan bangga apabila mengetahui isteri mereka mempercayai dan mengagumi mereka. Kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn mendapati lelaki lebih suka melihat hilangnya perasaan sayang di hati isteri mereka daripada tidak dihormati oleh isteri masing-masing.

3.Kemarahan yang diluahkan lelaki dikatakan satu tindak balas yang sering dilakukan golongan itu apabila mereka berasa diri tidak dihormati oleh si isteri.

Apabila suami marahkan isterinya, dia mungkin tidak akan berkata, `Awak langsung tidak menghormati saya'. Tetapi, besar kemungkinan dia berasa terluka dengan salah satu perbuatan isterinya yang dianggap tidak menghormati dirinya sebagai suami dan itu merupakan satu penghinaan.

4.Lelaki mempunyai perasaan tidak yakin pada dirinya sendiri.

Mereka selalu berasa takut kemungkinan dilukai dalam hidup – tidak hanya berkaitan kerja, tetapi juga di rumah iaitu dalam memainkan peranannya sebagai seorang suami. Mungkin, mereka tidak menyuarakannya, tetapi hakikatnya mereka memang mudah dilukai.

Penawarnya? Tentulah pengakuan. Bagi lelaki, pengakuan daripada si isteri adalah segala-galanya. Pengakuan yang tulen daripada si isteri (bukan pujian) membuatkan lelaki rasa lebih yakin dan terjamin dalam menjalani kehidupan harian mereka.

5.Lelaki sebenarnya rasa terbeban dengan statusnya sebagai pencari nafkah untuk keluarga.

Secara umumnya,tidak penting berapa gaji yang diperoleh si lelaki,ataupun isterinya memperoleh gaji yang lebih besar mahupun sedikit. Apa yang pasti,lelaki akan memikul bebanan untuk menyara keluarganya walaupun ia bukan pilihan hatinya.

Lelaki akan terikat dengan bebanan itu. Hakikatnya, perkara tersebut tidak akan lari meninggalkan fikiran lelaki dan keadaan itu akan memberi kesan pada perasaannya yang rasa seolah-olah terkurung.

Bagaimanapun, isteri memang tidak boleh membebaskan suami daripada bebanan itu,cuma mereka boleh membantu meringankan bebanan melalui kata-kata penghargaan, galakan dan sokongan.

6.Lelaki mahu lebih seks.

Ramai mungkin beranggapan lelaki mahukan lebih hubungan seks dengan isterinya disebabkan keadaan fizikal mereka (keperluannya) .Tetapi,apa yang mengejutkan, kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn menunjukkan bahawa alasan lelaki mahukan lebih seks kerana ingin rasa dihormati oleh isteri mereka. Lelaki cuma suka andai diri mereka diperlukan. Biasanya, memenuhi keinginan seks lebih menjurus kepada nafsu dan perasaan ingin disayangi oleh si lelaki.

Seks bukan hanya hubungan kelamin antara suami dan isteri tetapi lebih daripada itu.Apabila suami merasakan si isteri mengingini mereka secara seksual, ia amat memberi kesan pada keseluruhan kehidupan mereka. Ia membuatkan mereka lebih yakin dan bahagia. Namun, di sebaliknya wujud pula kesan negatif.

Apabila suami berasa dirinya ditolak, dia berpendapat isterinya bukan sahaja menolaknya daripada segi fizikal,tetapi menidakkan peranannya sebagi suami dan juga lelaki. Sebab itu,melakukan hubungan seks adalah satu keutamaan dalam perkahwinan dan ia juga sangat penting.

7.Lelaki bergelut dengan godaan mata.

Maknanya,majoriti besar kaum lelaki akan bertindak balas terhadap imej yang dilihat terutama berkaitan wanita. Dan,lelaki berkenaan bukan hanya mereka yang sememangnya bermata liar.Lelaki yang baik juga tidak terkecuali daripada memandang wanita yang memakai pakaian yang seksi dan menarik. Biarpun,pandangan itu hanya sekilas, imej tersebut akan tersimpan dalam fikiran lelaki dan ia akan kembali terbayang pada bila-bila masa.

8. Golongan Adam memang suka berasmara.

Namun,mereka sebenarnya ragu-ragu sama ada cara mereka itu romantik atau tidak.Hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya tidak romantik, tetapi ia tidak bermakna mereka ingin berkeadaan begitu.Lelaki hendak juga menjadi romantik,tetapi mereka sangsi dengan keupayaan sendiri untuk melakukannya. Mereka sering dihantui perasaan ragu-ragu, berkemungkinan diri berhadapan dengan risiko yang memalukan dan kegagalan.

Bagaimanapun, isteri boleh membantu meningkatkan keyakinan suami untuk menjadi seorang yang romantik melalui galakan dan mentafsirkan semula hubungan asmara mereka.

9.Kaum lelaki amat mengambil berat tentang penampilan isterinya.

Kenyataan itu tidak bermakna semua suami ingin isteri mereka kelihatan seperti supermodel.Apa yang sebenarnya diingini lelaki hanyalah agar si isteri berusaha menjaga penampilan diri kerana ia amat bermakna buat mereka (suami).Malah, suami amat menghargai usaha si isteri yang cuba mengekalkan daya tarikan mereka.

10.Lelaki yang bergelar suami sememangnya mahu isterinya mengetahui bahawa dia amat sayangkan mereka.

Itu adalah maklum balas pertama yang diperoleh daripada lelaki yang ditemui penulis.Cuma, lelaki tidak yakin dengan keupayaan mereka untuk meluahkan perkara tersebut biarpun sebenarnya mereka amat mencintai isteri mereka. Lelaki memang ingin memberitahu atau memperlihatkan betapa sayang dan cintanya mereka kepada isteri masing-masing, tetapi mungkin anda perlu menunggu lama sedikit untuk melihat mereka melakukannya.

30 Petua Kukuh Ikatan Cinta

Bagi merealisasikan setiap impian berkenaan, pasangan yang bercinta sering mendambakan harapan supaya suatu hari nanti mereka mampu bersatu dan mendayung kebahagiaan bersama hingga ke akhir hayat.

Namun bukan semua harapan itu dipenuhi. Ada kalanya setiap perhubungan diuji bagi mengenal sejauh mana kentalnya rasa kasih pasangan. Adakah anda tabah dengan dugaan yang diberi?

Apapun, 30 petua berikut mungkin boleh dijadikan asas penting kepada pasangan yang bercinta supaya hubungan terus kukuh, intim dan akhirnya menjadi insan paling bahagia di dunia ini.

- Setiap insan ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang seseorang itu bertemu jodoh yang berada jauh darinya.

- Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakal, insya-Allah akan menemukan anda dengan pasangan.

- Banyak orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

- Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti magnet yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

- Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

- Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

- Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan akan membenci anda.

- Harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangan pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

- Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama.

- Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

- Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

- Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

- Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan.

- Tidak salah bagi wanita memulakan usaha untuk berkenalan. Lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya wanita yang memulakannya.

- Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati serta bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

- Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

- Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

- Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

- Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain serta seronok untuk didampingi orang lain.

- Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sesiapa saja boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita.

- Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

- Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang ringkas, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan reda dengan setiap pemberian lelaki terbabit.

- Wanita mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Oleh itu, lelaki janganlah terlalu berjimat atau kedekut.

- Lelaki harus belajar mengenal kerenah, perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebencian wanita.

-Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

- Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

- Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan perbezaan sifat, tindakan serta minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

- Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi serta melengkapkan sikap dan sifatnya.

- Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering berasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

- Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki membentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan bersama.

10 TANDA DIA JODOH KITA.....

Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

Madah Cinta
“ Manusia merancang, Allah menentukan.”
“Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka.” – Al-Quran.

Monday, March 29, 2010

When You Love Someone....

When you love someone so deep inside,

It seems like it's so easy to hide.

You've loved her for so very long,

You would think she could do no wrong..



Every day you would hope and pray,

That she would always stay this way.

She treated you like you should be treated,

You thought your life was finally completed.



You thought your love was growing true,

And then one day it was all so blue.

She started putting you down and it hurt,

You thought all you were to her was dirt.



She started ignoring you and you wondered why,

All you wanted to do was curl up and die.

You thought your relationship would never end,

But that was all so fake and pretend.



One day She was so sweet to you,

You thought all those things were maybe untrue,

Two days later she was back the same,

You thought you were the one to blame.



She thought the relationship was getting too serious

And that you had become a little too curious.

By this time you knew it wouldn't last,

All the nice things She said were in the past.



You thought that you would marry her some day,

But this time God wanted to get her way.

You wanted things back how they were before,

But you knew this couldn't happen anymore.



It was a wednesday morning about 3 o'clock,

You heard the news and it wasn't a shock.

You knew this was going to happen soon,

As you laid there and cried in the pale lit moon.







.

Tuesday, March 23, 2010

SomePlace







10 First Date M.I.S.T.A.K.E.S

The best thing about bad dates is that we walk away with a great story, and little doubt that the perpetrator is not the person for us. I was thinking about some of the common errors made on first dates. I came up with 10 common mistakes that could kill the chances for a second date:

Arriving Late
Even five minutes of lateness is inexcusable on the first date. People are already anxious on these excursions, so making someone wait and think more about everything is pretty rude. Seems like the trend in NYC is to be late for things regularly. On one date, I texted the girl and told her I was running late. She said she was too. We ended up just having the date ½ hour later than planned and technically no one was late because we were both ½ hour late together.

Wardrobe Malfunction

Make sure you cater what you wear to what you're doing. I try not to make a girl walk too much if she's in heels. Also, I've seen girls wear pearls and a nice blouse to trashy outdoor drinking events, or heels to sporting events.

Talking Politics or Religion
Staying away from debatable content is a good idea the first time out. It's fun to argue with your significant other, but I think it's important to reach a comfort level first. If you try to proselytize someone, or battle them over a hot topic like abortion, you may reach a point of no return.

Checking Out Other People
You'd think that no one would do this, but guys are always looking at waitresses, or other patrons when out. My one friend got in hot water because his date told me he made cat calls at other girls while on a date. Talk about a mistake!

Bringing Friends (Non Group Date)
If you bring friends along you look immature and insecure. You also throw the other person for a loop if they were expecting the date to be one-on-one. Make sure you establish that it is a one-on-one date, and follow the rules and show up alone.

Getting Too Drunk
Some people turn into a completely different person when they are drunk. Let the other person learn about you while you're sober, before you get wasted with them. Alcohol should be introduced into the relationship slowly, but if a drink or two takes the edge off, and wine adds romance it's fine. Just don't push it too far.

Being Too Aggressive
No one wants to deal with someone's wandering hands before they are ready. It is one of the best ways to creep someone out. Just because someone is getting dinner with someone once doesn't mean it's an invitation into the sack. It's best to be hands off on the first date.

Being Too Unaggressive
My friend Margaret warns me to be more aggressive all the time. She said that if I don't kiss someone at the end of a date, or make a move when they hop in my bed they will begin to think something's wrong with them, or that I'm not into them. Maybe that's true, but sometimes I am just being too safe so that I don't break the rule I just mentioned above.

Canceling at the Last Minute or Standing Someone Up
Canceling for a legitimate reason is fine, but respect your date's time so that they can plan their night without you. Canceling one hour before a date is not cool — most of the date prep has already started at this point. Standing someone up is so rude. What does it accomplish? If you change your mind, at least have the strength to just cancel. No need to make someone feel bad and waste their time just because you're too chicken to cancel the date.

Dominant Speaker
Try to breathe in between sentences, and don't talk too much. Give your date a chance to talk. Aren't you trying to get to know one another? And don't speak for that other person (i.e order for them at dinner) unless they invite you to help with their order.
Do you agree or disagree with any of these? Ever have these happen to you, or have you ever made these mistakes? Would you go on a second date after any of these mistakes? What would you add to this list?

Petikan dari MARIECLAIRE

Thursday, March 18, 2010

Lewat Sebulan....

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar2 pasti.
Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya. ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah." Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???" Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
"APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? " Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan" .

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar dari situ.. Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus naik berang. "APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...." Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya....... ...." Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa??? Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA"
???????????? ^_^

Tuesday, March 16, 2010

Ujan dan Ujang

BUDAK KEDAH NGAN BUDAK TERENGGANU

Kisah ni di Institut Kemahiran Belian Negara (IKBN) Dusun Tua. Dua orang budak intake P67, Azlam Mohamad (Lam Paka) dengan Azril berkawan baik. Duduk sebilik dan berkongsi katil, Lam Paka katil tingkat atas, Azril tingkat bawah. Double decker la katakan...

Lam Paka dari Terengganu, Azril dari Kedah.

Azril dan Lam Paka meminati majalah UJANG. Masalahnya, hanya Azril yang rajin membeli majalah UJANG. Manakala Lam Paka pulak cuma rajin baca, malas beli, sampai Si Azril dah naik fed-up... .

Pada suatu hari, mereka keluar la ke Pekan di hujung minggu... Azril tak lupa membeli majalah UJANG yang terbaru tetapi disoroknya kerana taknak bagi Lam Paka baca dulu. Dibungkusnya majalah tu elok-elok...

Sampai di dorm, Azril terus membasuh pakaiannya dan menjemurnya. Lepas jemur pakaian, da melepak kat bilik sambil membaca majalah UJANG. Tak lama dia membaca, Si Lam Paka menjerit dari atas,

"AZRIL, NOK UJANG TUUU!".

Azril menjawab, "NANTISAT, AKU BARU BACA".

Lam Paka sound lagi, "AZRIL, CEPAT LA, NOK UJANG!"

Hoh! Azril pun benggang, "BISING LA HANG NI. SABAQ LA, AKU BACA DULU!"lalu ditendangnya lantai katil Lam Paka.

Tiba-tiba hujan turun dengan lebat sekali.

"AWAT HANG TAK HABAQ ARI NAK UJAN?" sound Azril pulak.

"OTOK MUNG! TADI AKU KABO BANYOK MUNG WAK DOK RETI, BAKPE?!!"

"LA... HABAQ LA ARI NAK UJAN, AKU INGAT HANG NAK BACA MAJALAH UJANG NI. HAMPEH!"

kesilapan & kesempurnaan

Himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 dari Ustaz Ismail Kamus.

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedangberpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut...hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukumsolat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh) .

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampungdengar...kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb...buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar...rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala...Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2...sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ni, please advise..

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dahdisediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratulihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri...Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga..Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdansyakirin".. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah...ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin" , "Hamdaz-zakirin" dan " Hamdasy-syakirin" . (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mestidiperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya..berjaga2. .jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 kerumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kitaselalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang,contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba'diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2 sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang camni..

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan..contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba'diah, tiba2 ada tetamu datang..tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat asar..walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..

Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa...... Renung-renungkanlah ...

Thursday, March 11, 2010

Rintihan Subuh....^_^

Pada pagi itu,seperti mana pagi2 yang lain,aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.
" Assalamualaikum" ,seru Subuh.
" Wa'alaikumsalam" ,sahutku.

Dan kami terus berpelukan,tanda rindu serta kasih sayang.Ku tanya khabar subuh,bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.

" Tadi...",kata Subuh dengan sayu,...aku baru saja melintasi satu tempat.Ku cari tempat persinggahan, ku ketuk rumah2 yang sunyi, tapi satu pun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu."Dan airmata Subuh pun berlinangan.

"Subuh,usah kau pedulikan mereka,bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan?" Subuh mengangkat mukanya seolah2 teringat sesuatu.

"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang2nya sepertimu, menyambut ku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling aku suka adalah buah Tahajjud, puas kucari di bumi lain,tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas dengan leka". Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh.

"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada roti Shiyam", cadangku pada Subuh. Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punya", kata Subuh.

"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh. "Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh. Aku agak sugul,bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kering akibat kemarau Maksiat yang Berpanjangan?

Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik di dalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang ku sanjungi, dan ku suakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh...",seruku, "...mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan ku layan kau dengan sebaiknya,wahai subuh".

Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi." Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh."Subuh" ,...seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi,

"Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?".

"InsyaAllah" ,jawab Subuh,"...bukankah aku kekasih yang kau rindui?". Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap mahu pergi.

"Assalamulaikum" ,seru Subuh.
" Wa'alaikumsalam" ,jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah.Dan akhirnya Subuh menghilang dari pandang ku. Aku merinduinya lagi.

Wednesday, March 10, 2010

Renung-renungkan

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan, rupa atau harta. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itudalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuklelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr/Mrs Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki atau perempuan yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hatikita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri atau suami tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpauttatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikansyurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaaninsan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin keranaperasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tibamasanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

" Seorang teman pernah berpesan.."Kadang² Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

" Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbaskembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

RENUNGKAN LAH SEDALAM-DALAMNYA...

Lelaki

Semua pasangan mengharapkan kehidupan selepas perkahwinan menjadi realiti dan seperti yang diimpikan. Semua berharap situasi mesra dan keghairahan di alam awal perkenalan atau zaman percintan terus berkekalan ataupun ianya menjadi lebih sempurna.
Sungguhpun jodoh pertemuan adalah merupakan ketentuan dari Allah, namun usaha dan tindakan kita juga penting untuk menentukan pasangan yang dipilih adalah merupakan yang terbaik dan bersesuaian untuk kita. Terdapat banyak buku dan kitab-kitab serta rencana yang membicarakan isu ini dan secara keseluruhannya bersetuju bahawa beberapa ciri berikut adalah merupakan sifat-sifat terpuji yang patut ada pada suami atau bakal pasangan kita.

1. Pilihlah lelaki yang sempurna sifatnya samada fizikal atau mentalnya.

2. lelaki yang ada pegangan agama dan mematuhi peraturan hidup dunia dan akhirat.

3. Lelaki yang tidak bakhil dan tidak bermewah-mewah atau bermegah meninggi diri.

4. Lelaki yang berkeupayaan serta mampu untuk menyara kehidupan berkeluarga (mampu bayar sewa rumah dan menanggung lain-lain perbelanjaan harian).

5. Lelaki yang tidak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah atau sia-sia.

6. Tidak memilih lelaki yang kuat merokok, suka berpeleseran, kaki botol, kaki judi dan yang pasti bukan penagih dadah.

7. Pastikan pasangan anda tidak suka melihat wanita lain dan bergaul mesra dengan gulungan wanita yang anda tidak kenali.

8. Pilihlah lelaki yang suka kepada kebersihan dan ada sifat suka menolong atau yang ringan tulang.

9. Lelaki yang mempunyai latarbelakang keluarga yang baik serta mempunyai keperibadian yang tinggi dalam masyarakat dan institusi.

10. Lelaki yang beriman dan beramal soleh serta mengikut petunjuk Al-Quran dan Sunnah Rasul.

Insyaallah berkat doa dan niat kita yang murni untuk memperoleh pasangan yang baik bagi memimpin kita ke jalan yang benar akan mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah swt.

Ibu, Anak Dan Menantu

Suzana (nama sebenar)dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang
paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama
di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...

Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di
sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur...
mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi.........
tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya.. '

Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk
mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana.

Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn
seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd
jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman &
mnyimpan dendam terhadap Razman..

Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U
itu........dengan niat utk memisahkan mereka.

Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan
meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan
percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat
untuk Razman.

Setelah setahun berlalu mereka pan di ijab qabul kan ...... Mereka
berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman.......tapi malang telah
menimpa mereka......

Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke
Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan
muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat.
Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan......

Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2.
Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya......
tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya anaknya menjadi cacat
seumur hidup.

Razman cuba utk memperbaiki keadaan........Razman bertemu dengan doktor
bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya.
Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak
menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.

Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira
melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun
dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam.
Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.

Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang
sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya.
Doktor terdiam seketika lalu menjawab......penderma tersebut menyuruh
saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur
dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya
berkali-kali.

.......................

Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah
mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri
kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu
mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit
punggung menantunya yang dibenci.
Macamana erkkk reaksi ibu mertua

Tuesday, March 9, 2010

Perkahwinan yang Boring...!!!

Ehh......... perkahwinan pun boleh ada boring ke? "Boring" atau jemu tidak harus ada dalam kamus kehidupan mereka yang sudah berumahtangga. Kalau kita jemu memakan sejenis makanan, wajarlah kita beralih selera kepada makanan yang lain. Dalam hal ini, apapula alternatif kepada rasa jemu dalam perkahwinan?Saya syorkan supaya:-

1. Suami isteri main nyorok-nyorok atau kejar-kejar...........ala........macam filem Hindustantu lah.

2. Ajak mandi bersama. Rasulullah pun ada memandikan Siti Aishah.......... tak ke romantik tu?

3. Sekali-sekala, bertukar-tukar suapan bila menjamah makanan.

4. Peluk pasangan masing-masing sekurang-kurangnya 7kali satu hari ( ini Dr. Fazilah Kamsah yang kata,bukan saya yg kata......)

5. Bila pasangan kita tarik muka 40, kita puji diamacam ni:" Awak ni, makin marah, makin saya sayang......."

6. Kalau kuat merajuk, ajak dia tidur atas loteng.Kalau ada tikus, pasti dia menjerit dan peluk kita.( bagi orang pompuan ler tu)

7. Tutup tingkap dan pintu. Anda berdua sahajaberdansa di bawah sinaran lampu romantik ( ini PakYazid pun ada anjurkan)

8. Luangkan masa untuk mengambil alih kerja isteridi dapur seperti memasak, basuh pinggan, basuh baju,lipat baju, dsbnya. Ini bukan ke squeen control. Ini mengembalikan tugas hakiki suami di rumah.

9. Kalau isteri demam, layan dia seelok mungkin .Besok kalau kita demam, insyaalah dia akan jaga kita sebaik mungkin.

Selamat Mencuba. heheheh

Fadhilat seorang Zaujah@Isteri.

*Untuk Tatapan Zaujah*

Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah SWT bagi
muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/peranan isteri terhadap suami.

Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala
adalah seperti dibawah :-

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami.
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir
miskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang
berguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala
dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yang
meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan
dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan
Fadhilat: seolah-olah berzikir kepada Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya
dia terus masuk syurga!

Wallahu'alam


" KENAL LAH DIRI KAMU NYATA-NYATA SEBELUM KAMU KENAL TUHAN YANG MAHA ESA "

Kisah Si Udin....

TERLUPA MAKAN.

Pada satu malam isteri Udin mengejutkan udin yang sedang nyenyak tidur.

Isteri: Bang, bangun bang...bangun la cepat

Udin: hish apa nie kejutkan orang tgh2 malam nie...

Isteri: Abang lupa makan ubatla...cepatla bangun.. kan doktor dah pesan kena makan sebelum masuk tidur.

Udin: Ubat apa ?

Isteri: Ubat tidur.

Udin: @#%^#^????

NENEK UDIN.

Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!

Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...

Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)

Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.

Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK! !!!!

Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?

Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!

Udin: Nenek pegang kat mana?

Nenek: pagar rumah.

Udin: "$%^&(#....."


MASALAH PENDENGARAN.

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.
"Seberapa burukkah pendengarannya? " tanya doktor.
"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."
"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya. "

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan.. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.

"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.
Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:
"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"
Rupa2nya si Udin yg pekak!!!!

Ada Orang Sayang Awak...

Ada Orang Sayang Awak...

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. .... .. ..

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. ....

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. .... .. ..

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda..... .. ..

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur..... .. ..

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang..... .. ..

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia..... .. ..

8. Anda seorang yang istimewa dan unik..... .. ..

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda..... .. ..

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya..... .. ..

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka..... .. ..

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya..... .. ..

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.....

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya..... .. ..

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga..... .. ..

Rahsia Wanita yang Perlu Lelaki Tahu.

Wanita sukakan lelaki bagaimana? Idaman lelaki yang bagaimana? Jom kita kaji dan selidik rahsia wanita? ini adalah rahsianya :-

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.

6 Truths of Life....^_^

1. You cannot touch all your teeth with your tongue.
2. All idiots, after reading the first truth, will try it.
3. And discover that The first truth is a lie.
4. You're smiling now because you're an idiot.
5. You soon will forward this to another idiot.
6. There's still a stupid smile on your face.

I apologize about this. I'm an idiot and I needed company. wakaka..just joking!!!=)

Monday, March 8, 2010

Kisah Rumput Dan Kasih Sayang...

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:-

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

TONGUE TWISTERs....

1. If you understand, say "understand" . If you don't understand, say "don't understand". But if you understand and say "don't understand". How do I understand that you understand? Understand!

2. I wish to wish the wish you wish to wish, but if you wish the wish the witch wishes, I won't wish the wish you wish to wish.

3. Sounding by sound is a sound method of sounding sounds.

4. A sailor went to sea to see, what he could see. And all he could see was sea, sea, sea.

5. Purple Paper People, Purple Paper People, Purple Paper People

6. If two witches were watching two watches, which witch would watch which watch?

7. I thought a thought.But the thought I thought wasn't the thought I thought I thought. If the thought I thought I thought had been the thought I thought, I wouldn't have thought so much.

8. Once a fellow met a fellow In a field of beans. Said a fellow to a fellow, "If a fellow asks a fellow, Can a fellow tell a fellow What a fellow means?"

9. Mr Inside went over to see Mr Outside. Mr Inside stood outside and called to MrOutside inside. Mr Outside answered Mr Inside from inside and Told Mr Inside to come inside. Mr Inside said "NO", and told Mr Outside to come outside. MrOutside and Mr Inside argued from inside and outside about going outside or coming inside. Finally, Mr Outside coaxed Mr Inside to come inside, then both Mr Outside and Mr Inside went outside to the riverside.

10. SHE SELLS SEA SHELLS ON THE SEA SHORE , BUT THE SEA SHELLS THAT SHE SELLS, ON THE SEA SHORE ARE NOT THE REAL ONES

11. The owner of the inside inn was inside his inside inn with his inside outside his inside inn.

12. If one doctor doctors another doctor does the doctor who doctors the doctor doctor the doctor the way the doctor he is doctoring doctors? Or does the doctor doctor the way the doctor who doctors doctors? "When a doctor falls ill another doctor doctor's the doctor. Does the doctor doctoring the doctor doctor the doctor in his own way or does the doctor doctoring the doctor doctors the doctor in the doctor's way"

13. We surely shall see the sun shine shortly. Whether the weather be fine, Or whether the weather be not, Whether the weather be cold Or whether the weather be hot, We'll weather the weather Whatever the weather, Whether we like it or not. watch? Whether the weather is hot. Whether the weather is cold. Whether the weather is either or not. It is whether we like it or not.

14. Nine nice night nurses nursing nicely.

15. A flea and a fly in a flue Said the fly "Oh what should we do" Said the flea" Let us fly Said the fly"Let us flee" So they flew through a flaw in the flue

16. If you tell Tom to tell a tongue-twister his tongue will be twisted as tongue-twister twists tongues.

17. Mr. See owned a saw.And Mr. Soar owned a seesaw. Now See's saw sawed Soar's seesaw Before Soar saw See, Which made Soar sore.Had Soar seen See's saw Before See sawed Soar's seesaw, See's saw would not have sawed Soar's seesaw. So See's saw sawed Soar's seesaw.But it was sad to see Soar so sore Just because See's saw sawed Soar's seesaw. 17. Mr. See owned a saw.And Mr. Soar owned a seesaw. Now See's saw sawed Soar's seesaw Before Soar saw See, Which made Soar sore.Had Soar seen See's saw Before See sawed Soar's seesaw, See's saw would not have sawed Soar's seesaw. So See's saw sawed Soar's seesaw.But it was sad to see Soar so sore Just because See's saw sawed Soar's seesaw.


hahahahaha....

Thursday, March 4, 2010

ANDALUSIA...

Semalam mmg borink sesgt2 tahap cipan sakit nk branak. Dah xdek ape nk buat, aku pn belek la magazine2 lama..lama x la lama sgt kn..tp masih cantik terbela lagik la. Dalam dok ralit aku belek2 fashion2 n barang2 yg tengah in sekarang ni, ada 1 topik yg sedikit sebanyak terkena jugak la ke muka aku ni kn...hehehe...(im already 26 bebeh,) tapi aku rasa muda lagi. Lambat lagi nk capai angka 3. Topik yg aku nk share ni pasai anak dara lanjut usia a.k.a ANDALUSIA...

Fenomena andalusia ni semakin merebak ke merata, xdak komitmen, bebas mengejar kerjaya n happy nk kemana jek. Sendiri yg buat keputusan..hahha (aku suke). Dunia ini ana yg punya lah..
Bila aku baca topik ni, hmmm xdek r rasa desprate sgt kn nk cari teman. Hidup cani pn da cukop happy dgn family n member.

Disini aku nk share 25 ALASAN JGN RASA MALU JD ANDARTU....ngeeee.^_^

1. Tak bertemu lelaki sejati.
hahah..sapa yg xmo kawen oiii, tp jgn kata calon suami calon boypren pn xdak, nk wat cana kn..
nk cari yg btoi2 kualiti mmg susah dah. So, mmg kena pilih btoi2 la. Jgn main tangkap muat jer, nanti blakang hari kita yg sakit...hmmm pkir2 kn.

2. Stok lelaki berkurangan.
Skang ni, x semua yg hansem 2 sejati hahah. Sangopkah anda memadu kasih dengan boypren cani. huhuh kalo i, ooohhh tidakkkkk.

3. Jauhi lelaki HAMPEH.
Kalau la yg tingai jenis hampeh,mcm penagih,penganggur,kaki pompuan baik la hidop bujang sampai tua. Menyusahkn hidop aku jek ada laki cani.

4. Tak payah tanggung BIAWAK HIDOP.
Senang dlm hati sbb duit gaji guna sepenohnya untuk diri sendiri, kalo da kawen kn share dgn laki(tergolong dlm kategori hampeh),huhuh mmg sakit jiwa la..

5. Ada harga diri.
Biarpun andartu, kita masih ada harga diri tau. Watpe jadi bini kalo kt luaq ada affair dengan laki lain. So, lagi bagus dari jd bini yg ada kekasih ku gelap...hahahh(senget2).

6. Saham tinggi.
Kalo ada banyak harta, mesti "saham" sama hebat dengan gadis muda dan janda kaya..ekekke yg ni aku suka(nk cari harta byk2).

7. Kerjaya mantap.
Bila dah lama keja, jawatan pn da tinggi gaji da banyak xyah nk risau dah sebab ada pendapatan tetap untuk sara diri.

8. Menyimpan duit.
Langkah persediaan untuk hari2 tua, simpan la duit untuk masa depan untuk kegunaan lepas pencen nanti. so nanti xde la nk nyusahkan sedara lagi kn.hmmmm bagus2.

9. Banyak masa untuk diri sendiri.
Bila da seharian penat di opis, banyak la masa untuk melayan diri sendiri plak kn. Nak tgk wyg ka, shopping ka, melepak kt umah ja ka....hahah pilih itu hak anda...ekekek, bila da kawen ni..kn bahagi tuk anak2, suami...penat2.

10. Buat keputusan sendiri.
Tak payah bincang2 dah. Apa yg nk dibuat tepulang pd kita la kn...

11. Tak perlu mintak kebenaran.
Untung nye sebab xyah kebenaran dr parents kalo kuar umah. Nak balik lewat malam pun xde sape nk marah sbb parents da memang pecaya ngn kita kn..

12. Tak menyusahkan MAK AYAH.
Selalu nya bekerja dan xkn menyusahkn mak bapak. Bukan macam bujang telajak, ada yg x keja hidop dgn ihsan org tua..mmg xpatot, wat malu kaum ja..hahah

13. Membantu keluarga.
Sbg anak perempuan ni, rasa tangungjawab untuk bantu keluarga meringan kn beban diorang.

14. Tak meminta-minta.
memandangkan dah bekeja n ada pendapatan sndiri, tidak akan sekali-kali meminta dgn family n sanak sedara.

15. Wanita Berdikari.
Anda wanita paling berdikari sbbnye, semua benda boleh wat sndr...anda mmg hebat..hahaha.

16. Awet muda.
Walaupn umur dah makin meningkat penampilan mst dijaga beb. Rupa pn jauh lebih cun dr org yg da kawen ni. Kakak2 yg dah kawen branak pinak ni mst la jeles tgk..

17. Cukup bergaya.
Dengan duit sendiri kita leh beli apa saja yg kita idam n hajatkan...kasot, baju,handbag yg mahai2.

18. Percutian hebat.
Patot bangga sebab boleh p bcuti ke oversea dgn hasil titik peluh sendiri..hmmm bebaloi2.

19. Pandai masak.
Tak semestinya org2 yg x kawen ni x pandai masak tau. Malah ada yg lebih terer dr isteri ataupun mak orang. So xyah la nk malu2.

20. Digeruni lelaki.
Sebab kn ada confident level yg tinggi, buat kaum lelaki ni gerun. Kalo x, xkan la anda boleh membujang smp skang kn...

21. Bilangan banyak.
Dah makin ramai dah skang ni...hmmm watpe nk takot lagi...relax beb.

22. Hidup lebih terurus.
Kalo kehidupan anda lebih terurus dari mereka yg berkawen, apa yg nk dimalukan???

23. Manjakan diri sendiri.
Punya banyak masa untuk manjakan diri sendiri, hujung bulan boleh ke spa tanpa perlu pikir anak dan suami kt umah.

24. Lagi malu kalo xdek kerja
Lebih baik jd andartu daripada malu xde kerja...hahah(mmg senget)

25. SUKA HATI....
Sebenarnya terpulanglah pada diorang sama ada nk kawen o x.ekekek ^_^

Wednesday, March 3, 2010

S.E.M.A.L.A.M....

Balik dr opis, K.Gnie da siap tggu depan pintu...nk ajak p jogging. Dpt la aku wat 2 round. Pas 2 jalan seround. Lepas da settle 2 round, K.Gnie suh nye aku dok kt tepi, pas2 die kepak2 ye badan aku..sakit...tp best. Kami p sat ja dlm setengah jam, aku dpt 2round..K.Gnie 6round...pas2 balik r. Jadi minah rempit kami pinjam motor Huzed..hahaha.

Sesampai jek kt umah, siap2 pegi plak Keyel,K.Gnie ajak teman g antaq adik tunang dia kt DUTA...nek tren,sbgai upah, aku suh dia masak meggi tuk aku. Yang bestnye, dia siap tlg sejuk kn tuh..hahhah, nk suh aku siap cepat2 takot lambat..almaklom la kn, aku ni mandi pn da berejam...hahaha (sabaq cek noh). Sesampai kt TasikSelatan, sambil tggu tunang K.Gnie mai, dia p beli roti, ayaq soya skotak share 2 org...makan la kami ni..huhuhu sedey rasa. Tp xpa...sharing is caring. Bila tunang dia dah sampai, tukar driver...terus shoot p sana. Time p adik dia drive sampai ke Duta. Balik, kami sendiri...nasib baik x sesat barat. Aku pun ingat2 lupa ja jalan nk balik Bangi. Ikot signboard SEREMBAn..hahah finally, sampai gak kami kt umah. Terus tido...sampai pagi.

Tuesday, March 2, 2010

SENI ITU INDAH


Seni itu memang indah...hmmm, boring la. Xdek mood nk buat keja.hahaha. Drawing asset pun xbrapa nk settle lg..Dok amik stamina nk start buat. Tapi, sambil 2 dan lagi aku opload gambaq2 nih. Bukan apa, aku cuma nk share dgn korg jek. Aku suka tgk menda2 yg cantik2 ni. So aku dengan besaq hati nya nk share. Susah-payah tau aku upload ni...hahaha(aku senget).


Sunset...indahnya ciptaan -Nya.






Bridge.....to where????


Rainbow.....

Monday, March 1, 2010

CITY OF LIGHT.....


Alamanda pulak....time malam cantik...bla siang,hmmm xtau la cek.


SHADOW....hmmm pic ni aku snap masa Dean bawak aku p jumpe abg dia..tmpat apa ntah nama...huhuhu...tp bla 2x tgk,takot pn ada..sbb bayang aku 2 panjang sgt...hahha(senget)



Hmmm....yg ni pulak panorama dekat Alamanda. Aku snap sbb boring nk tunggu show midnite. Cerita Book Of Eli.

Ini, ala-ala pokok krismas. Memang tinggi la.


Macam- macam color ada...best bangat..cantikkkk!!!!


Di I-CITY....Shah Alam, malam ni aku Dean ajak aku p Klang hantaq barang kat Abg dia. Tup-tup dia bawak aku p tgk lampu-lampu...mmg cantik sgt2. Malam mmg cantik, tapi bila siang hari xtau la mcm mana rupanye..eheheh (anda imagine la sendiri yek). Ramai sgt yg p. Memang jammed la sgt.