Assalamualaikom wbt.....salam 1 Malaysia.
Entry for today....i nak share 1 petikan yang i dah petik dari I LUV ISLAM. I tertarik dengan words DIPERCAYAI LEBIH UTAMA DARIPADA DICINTAI.
"Kata bijak-pandai, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Kita selalunya merasa bertuah apabila dicintai, samada oleh isteri, ibu-bapa atau sahabat-sahabat, tetapi percayalah, jika kurang dipercayai, lama kelamaan cinta orang kepada kita akan terhakis. Lihatlah betapa banyaknya perhubungan yang terputus antara ibu-bapa dengan anak, suami dengan isteri, pemimpin dengan pengikut, justeru hilangnya kepercayaan.
Apabila hilang kepercayaan, rasa cinta, hormat, kasih dan taat akan musnah. Sampai bilapun manusia lebih mempercayai mata berbanding telinganya. Maksudnya, apa yang dilihat (perbuatan) lebih berkesan untuk meraih kepercayaan berbanding apa yang didengar (percakapan) – 'action speaks louder than words'."
Sekian,TQ.
No comments:
Post a Comment