Monday, February 14, 2011

KEMANISAN KAN JELMA JUA.

Jodoh tiada kaitan dengan nasib atau berkat,
Ia bagai meniti jambatan untuk ke sesuatu tempat,
Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat,
Usia 20 tahun dah bertemu jodoh, hidupnya bahagia dicurahi rahmat,

Sesetengah orang dah berusia, umur  didepan angkanya empat,
Tapi masih tiada tanda-tanda nak berkahwin walau secara logiknya macam tak sempat.

Jodoh tiada kaitan dengan apa yang seseorang idam,
Hanya belum Allah makbulkan apa yang terpendam,
Ia bukan memilih putih atau hitam, kurus atau tembam,
Ia bagai mencari semut hitam di dalam malam yang kelam,
Kalau dah kena gayanya dan caranya semut yang kecil berada dalam gengam,
Kalu belum tiba masanya gajah didepan pun tak kelihatan walau mata tak pejam.

Jangan dibenci kalau Allah hanya sentiasa menguji,
Jangan dikuatiri kalau hati yang sepi masih tak terisi,
Jangan dikesali kalau cinta yang suci masih tiada siapa yang peduli,
Jangan ditangisi kalau kekasih yang dinanti masih tidak muncul lagi,
Percayalah Allah tahu apa yang tersirat di hati, Dia sentiasa disisi,
Insyallah doa akan termakbul di suatu hari nanti.

Jangan dipeduli kalau dituduh ikut perasaan,
Mahu cari pasangan yang hartawan atau rupawan,
Hanya semata-mata pandang kecantikan dan keindahan,
Tidak pernah mengambil syariat sebagai panduan,
Ingatlah ini hanyalah salah satu dari dugaan,
Agar manisnya pasti diperolehi di hari depan.

Dalam hidup masing-masing membawa secebis harapan,
Agar terbina rumah tangga penjana kebahagiaan,
Mencari teman tempat rujukan permasalahan,
Mencari teman untuk melegakan pergolakan perasaan,
Tapi harus diingat adakalanya Allah datangkan ujian,
Hidup kesunyian tanpa belaian walau hati nagis tidak berkesudahan.

Sememangnya bercinta dan perkahwinan adalah satu fitrah hati,
Satu naluri yang sentiasa pinta untuk diisi,
Kerananya si dara rela diperisteri,
Kerananya si teruna rela menjadi suami,
Bersama membina sebuah mimpi,
Bersama sujud syukur menyembah Ilahi.

Ingatlah kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat saban hari,
Kita menangis dan tertanya-tanya mana perginya sinar mentari,
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.......:)

notakaki> entry yang I amik dari email ^_____^v

No comments: