Monday, October 24, 2011

FIRST TIME.

 Assalamualaikum wbt......
Hello peeps. 
Terasa kesunyian dikala ini, kat opis ni pun tak ramai orang rasenye. Kemana ntah semua orang pegi. I ni antara staff yang setia jadi penunggu kat sini sebab dah keje pun memang dah dok depan PC je kan nak kemana lagi kot kalo xde kat opis ni merayau la kejenye....
ye dok???? hahaha......*gelak jahat*

Sepanjang pagi nih...keje i touch up gambar je. Ni gara-gara mau cari income lebey punya hal la. Last few weeks ago, for the first time i folow my friends ambik gambor orang kawen. Weeeeeeeeeeee *bunyi Angry Bird* Peluang ni i takkan sia-siakan untuk i belajar lagi. Kekurangan i skang ni tak berapa pandai nak edit guna CS n LiteROOm.
*poor me Y_______Y* kepada sesiapa yang berkesudian jadi nak sifoo i,plssss. 
I really need it!!! *nanti i belanja makan bubur nasi...nak????*

Story about FIRST TIME nih kan....perghhhh. Memang agak capek jugak la. Nak ajar penganting yang malu malu kucing berposing. Tertongeng tongeng mau cari angle cantik. Kendong benda alah tue lagi. Berpanas...tapi nasib baik time tue panas petang so takde la lama sangat berpanas.hehehe *belagak ko ye kena panas sikit pun tak bole, macam la ko tue putih melepak....POYO*

Story pasal pengantin ni pulak, dorang nih dijodohkan family maksudnya parents si teruna ni yang carikan bidadari untuk dia. Comel,malu malu almaklum la bertunang pun kejap je. time nak shoot dalam bilik si teruna tue siap cakap *akak, tutup la pintu tue...malu orang dok tengok kami......* Bila suruh dia pegang si isteri, siap mintak izin lagi alolo...comey sangat aih...la nih jarang nak jumpa pengantin yang malu malu....majority slumber main belasah je kan.....heheh.

Ape pun ni 1 pengalaman yang best......terima kasih atas kerjasama korang. Rewang pun best. Orang kampung yang ramah tamah.....
Family my sister in-law best cause tumpangkan i kat rumah uolls.


 Aksi kami.....*shazwan masuk suku badan jew*

 Yang ni baru la perfect!!!!
hehehe Gambar nih i amik dari camera DIN. Dia jauh diseberang sana. Shoot jarak jauh nih.....NICE.

 Pengantin lama aka basi dah pun.....hehehe
*ampa jangan marah nooooo nanti aku cass gambaq nih, sila bayaq naaaa*

 ~Close-up~

 Gambar ni ditayangkan tanpa sebarang editing. Direct dari camera.

 
 Suka dengan pokok ni....
macam penah mimpi dok bercinta bawah ini pokok, tapi di mana ya........?

I bet nenek ni mesti cantik masa zaman muda-muda dia dulu....

notakaki> TERIMA KASIH.

Friday, October 21, 2011

HAVE IT YOUR WAY!!!!!!

Assalamualaikom......

Harini....i just nak share pics...



Berketepatan dengan gambar diatas....*have it your way...*

Test..test...tarik sayur dulu....

Bukan bajet ayu okey.... belasah je..

 
Burger yang penuh dalam mulut. Kembung pipi ku...

 
 Selesai sudah...kembali mengCONTROLkan diri supaya nampak ayu.
*blewksssssssssssssss...oh plsssss la*


notakaki>  sorry guys...kualiti gambar kureng cantik coz i snap pkai BB..

Thursday, October 20, 2011

RAHSIA TELEFON YANG ANDA TAK TERFIKIR....



RAHSIA YG ANDA X TERFIKIR !

BERHATI2 SEMASA BELI HP...

Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda
► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01


02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA



notakaki> saya punya SANGAT TERBAIK dari kilang asal. ^___________^

Wednesday, October 19, 2011

PAKU DI DINDING HATI.


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama
sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana
pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu
persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada
bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti
sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika
marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau
boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak
kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun
lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal."

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa
membuka hatinya kepada kita.

SAYANGI CINTA HINGGA HUJUNG USIA.




1.Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal karena perasaan senantiasa berubah dari masa ke kemasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sebenarnya seorang yang istimewa dan biarkan dianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia karena sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya karena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekali kali mencoba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda karena kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Senantiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya . Pastikan anda akan senantiasa memperlakukan diri anda pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya karena selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, niscaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidupnya seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun keadaannya

Wordless Wednesday *11


 *
*
*
*
*
*
*
*
*




 ********
*****
****
***
**
*



I've learned in life you need two things:

a true love and a best friend. I'm lucky to have both, ever since I've been with you.

notakaki> I LOVE YOU!!!!! p/s:- TQ to miss AZNA who edited this pictures.

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday *10

Assalamualaikom wbt.....

Tersangat lah lamanya i tak update ini blog. Entry for today i just nak share a few pictures.
LAYAN.......

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Okey lah....ni je yang mampu i share dengan korang. Jumpa lagi dilain masa.
Bye!!!!