Monday, May 31, 2010

Tips Atasi Kekecewaan Putus Cinta

1. FEEL YOUR FEELINGS.
Lagi banyak kamu fikir mengenai keburukannya,
lagilah kamu terseksa. Jadi, fikirlah yang baikbaik sahaja.
Apa kata kamu menulis??? Luahkan rasa!!

2. MOVE ON!!

Sudahlah kamu ditipu, kemudian ditinggalkan pula disebabkan kekasih baru.
sudahsudahlah tu, jangan diingatkan cerita lama. Teruskan hidup kamu.

3. GUNAKAN EMOSI
Apabila rasa sunyi, emosi sering terganggu!!
Keluar!! Jangan bersendiri. Walaupun tanpa kekasih tersayang,
bersama teman mungkin lebih seronok!!

4. BUANG SEMUA KENANGAN
Kuatkan semangat. Padam no.phone, sorok segala gambar,
simpan segala pemberiannya.
Out of sight, out of mind.
Bukan memusnahkannya, cuma ia salah satu cara kamu tidak
melihatnya setiap hari.

5. FUN! FUN! FUN!
Tulis semua aktiviti. Apabila sedih dan sunyi
datang, pilih satu aktiviti. Ini salah satu cara membantu u
melupakan kenangan sedih walaupun untuk seketika
harimu bakal terisi sepenuhnya.
Lupakan dia!!

6. JATUH CINTA LAGI!!
Apabila sudah sedia, atur langkah. Rancang temujanji
bersama teman istimewa. Jangan tergesagesa,
kamu akan tahu apabila tiba masanya.

7. BELAJAR DARIPADA KESILAPAN
Apa punca kamu berpisah?? Elakkan tragedi *pisang berbuah 2x
Dari mana datangnya punca itu??
Kaji sebabnya dan usah ulangi silap
serupa.

**notakaki>> penat da bcintan-cintun ni...

ANDA MAT BUNGA @ MINAH JIWANG bila...

*Kerap tersentuh dan mengalirkan air mata kala membaca novel @menonton filem cinta *Menukil sajak tatkala kelapangan *Mengkaji peristiwa disebalik alunan lirik lagu *Menggunakan bahasa bak pujangga kala berutus SMS @ yang seumpama dengannya *Suka berkias dan merasakan usaha pasangan untuk memahami sebagai satu cabaran yang mengujakan *Kerap mengunakan falsafah @ perumpamaan dalam perbualan seharian *Mendalami isi hati teman dengan jayanya dalam apajua situasi *Bersikap sentimental dan setiap memori terpahat kukuh dalam ingatan *Mudah membuatkan orang terharu dengan gaya dan bicara anda *Sukar mempamerkan sayang dengan perbuatan sebaliknya memgunakan bicara penuh metafora menikam jiwa.

HADIAH CINTA UNTUKMU

HADIAH CINTA UNTUKMU..

Jika anda menerima ros sebanyak......

1 KUNTUM ROS segala cintanya tertumpu kepada kamu seorang sahaja.
2 KUNTUM ROS kita berdua dalam asmara cinta.
3 KUNTUM ROS I LOVE YOU.
6 KUNTUM ROS aku milikmu.
9 KUNTUM ROS cinta sejati antara kita.
11 KUNTUM ROS kamulah satu2nya yang kucintai dalam hidup ini.
12 KUNTUM ROS kesempurnaan cinta antara kita.
13 KUNTUM ROS i am your secret admirer.
24 KUNTUM ROS 24 hours cannot forget about you.
33 KUNTUM ROS ungkapan magis ILOVEYOU yang penuh gelora.
36 KUNTUM ROS perasaan romantika antara kita.
44 KUNTUM ROS tiada yang lain selain darimu.
50 KUNTUM ROS this is "Regretless Love".
66 KUNTUM ROS keagungan cinta kita.
99 KUNTUM ROS ketulusan cinta.
100 KUNTUM ROS cinta ke akhir hayat.
101 KUNTUM ROS tiada yang dapat pisahkan cinta kita.
108 KUNTUM ROS Please marry me!!!
111 KUNTUM ROS eternal love.
123 KUNTUM ROS kebebasan cinta.
144 KUNTUM ROS aku mencintaimu siang dan malam.
365 KUNTUM ROS kamu bermain di fikiranku setiap hari dan detik.

**notakaki> dah lama x dapat bunga..last time last anniversary with ex-

Monday, May 24, 2010

LIFE MUST GO ON....(PINTU)

Halo2....
Pepagi ni...time nk mai keje tadi sampai la ke sekarang ni jantung aku berdegup kencang...apakah??? hehhee...Masuk je office, terus aku bukak blog ni. Rindu rasanye sbb 2ari aku x jenguk.
Aku selalu surf blog IRA,youSAYme.blogspot.com n terjumpa 1 artikel ni. Ermmm..apa yang tertulis 2 sikit sebanyak ade kena mengena dengan aku jugak..hahhaah. MAMA aku pun da mula bising2 bila lah aku nak tamatkan kisah bujang aku ni...huhuh be patient la MA...tak desparate lagi pun.
Lelaki ni kekadang buat aku tak paham dengan diorang ni. Sometimes, aku da semacam da malas nk pikir. Tapi bila tak dipikir kena jugak di pikirkn...hahaha. Diorang ni kan, akan layan u baik sangat...ambil berat la, sanggup temankan u. Kalau boleh setiap masa, ada je hal yang boleh buat u orang keluar, berjumpa. Sanggup temankan makan. Macam-macam lagi la. Willing to do everything for u. But then, bila u da start suka dia....DAMN*. Diorang ni plak main tarik tali. Kadang 2 senyap tanpa sebab...bengongkan diorang ni...Adess, sakitnye rase.
Pernah tak korang dengar teori PINTU...ekekke...macam ni, mengapa mesti terus berdiri di depan pintu yang sudah tertutup rapat untuk kita masuk, sedangkan masih banyak lagi pintu-pintu yang sedia terbuka untuk kita. Tak perlu mengharapkan lagi pada yang sudah tak perlukan kita. LIFE MUST GO ON.
MAK NDAK pernah pesan...KEEP SEEKING n KEEP HUNTING. Beliau jugak berpesan, jangan takut mengakui yang kita suka sidia. Itu lebih baik dari kita hanya pendam perasaan n makan hati sensorang. Itu pasti sakit.... :(
Bila u da mengaku...then terpulang la pada sidia untuk menolak @ terima u seadanya. Andai sidia menolak, u dah ada jawapan yang pasti...its good for u at least u dah try. Itu xsalah dari u langsung x try. Then, u boleh teruskan perjalanan hidup u to find a TRUE LOVE. In love, kita kena berani to take a risk.huhuhu...berani ke???
Eh...eh, ape sebenarnye yang cuba untuk aku sampaikan ni....hahha. ASH da senget...=P


ANDA MESTI MOVE ON! best thing, make a new friend, thats a start! :-

• Apabila dia tidak jawab call/sms/email…boom, you cari kawan baru!
• Apabila dia hilang tah kemana je…you cari teman baru!
• Apabila tak mengambil berat lagi…cari yang care lebih kat kita!
• Apabila asyik jawab nanti, nanti, nanti…boom, tinggal dia!
• Apabila break aje…MOVE ON!
• Apabila dikecewakan…cepat-cepat mula hidup baru, dunia baru, kawan baru, cari boyfriend baru

BUT, jangan cepat-cepat nak bercinta balik, sebaliknya, Ingatlah… anda berhak untuk enjoy this moment, berkenalan dengan lelaki dan have fun while you single!…and find your Mr Right!

**notakaki> cari la PINTU GERBANG kalau nk masuk.

KENAPA???

KENAPA kita kenal???

KENAPA kita rapat???

KENAPA anda terlalu baik dengan saya???

KENAPA anda ambil berat tentang saya???

KENAPA anda sanggup melayan saya sampai ke pagi???

KENAPA anda sanggup bawak jer kemana saya nak pergi???

KENAPA anda sanggup temankan saya kala saya tinggal sorang???

KENAPA saya suka dengan anda??? APA yang ada pada anda pun saya tak tau yang buat saya tertarik pada anda???

Tapi KENAPA sekarang, bila saya dah berterus-terang menyukai anda…anda mula menjauhi saya. Anda dah tak datang jenguk saya.

APA salah saya??? Hanya kerana saya mengakui bahawasanya saya menyukai anda???

Maafkan saya andai cara saya meluahkan ini agak melampau. Hanya dengan ini dapat saya luahkan apa yang saya rasa. Saya tiada tempat mengadu tentang hati saya…hanya ini. Anda tau betapa sakitnya saya??? Anda tak sedar. Saya mencari kekuatan…

Apakah betul tindakan saya ini…???DAMNNN… Nyata sekarang,saya kehilangan anda…hilang SESEORANG yang saya suka dan mula saya sayang.

**THINKING OF U IS EASY,I DO IT EVERYDAY. MISSING U IS THE HEADACHE,THAT NEVER GOES AWAY.

Notakaki: tidak ada kena mengena samada yg hidup maupun yg tlah meninggal dunia.kekeke :)

Friday, May 21, 2010

Akal Wanita Senipis Rambutnya

Salam....

Entry hari ni...seperti biase la. Jam da menginjak ke pukul 4.30pm. Dah nak balik da esok cuti so, aku amik kesempatan la mengupdate blog ni. Cuti 2 hari, xleh la nk update *BERUKBAN belum di langsaikan lagi.hehehe....
Ermmm kat sini aku ade nk share 1 org cakap ape ehh...pedoman ke teladan @ pengajaran mungkin pesanan. Di petik dari 1 blog ni...LIFE's an ART.

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,
kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.
Di situlah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...
Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Thursday, May 20, 2010

????

BORINKKKK....pekataan paling sesuaii saat ni. Sepagi aku tak makan sedar2 da pukul 10a.m. Perut dah meragam mintak di isi. Sebelum 2 aku ada ajak ENCHEK DEAN teman, tapi hampeh. Dia diam ja.. So, aku ajak la CIK MIMMIE bersekali dengan MUMMY YAH.
Hampeh betul ENCHEK DEAN, aku da siap makan baru dia mesej. Huh!!! Terima kasih la pokcikkk..aku da siap makan pun. hahah...
Lunch time tadi, CIK MIMMIE ade kuar makan dengan PAK MUDA n group. Aku diajak sama. Tapi segan la, aku bukan terlibat pun dalam komuniti dorg. PAK MUDA belanja untuk team SUKAN yang mana jadi Urusetia PERTANDINGAN FUTSAL PERINGKAT AGENSI. Aku cuma p jadi penyokong ja...sampai burn la muka dan leher aku. Merah, pedih...adehhh
So, bila aku tak keluar ni, ni la kesempatan aku ambil tuk mengupdate blog ni...heheh.
Ermmm...perasan tak ape yang lain kt blog ni???
hehehe...yeahh, layout da lain... Ok x ???
Punyala aku dok explore satu2 benda alah ni...hai, jenuh jugak la. Al-maklum la aku bukan expert sangat benda2 ni. Merangkak jugak la.
Hai...dah pukul 3p.m ni...mana la cik kiah ni x masuk2 lagi...sakan aihhh. Mentang2 la yang bawak 2 BOSS masuk lambat ehh.