Thursday, April 29, 2010

-M.A.L.A.M-

Salam.
Arini aku nk story-mory pasai keje gile yg aku slalu buat. Almost every weekend aku kene tinggal sensorg kt rumah sebab housemate aku ni rajin balik kmpung. (Si MAYA). Lagi sorg plak slalu spend time dengan dia punye CHENTA.(K.GNIE).
So, bila da dok sensorg kesunyian menyelubungi diri. Aku pun memenuhi la ruang sunyi 2 dengan aktiviti ntah papa. Antaranya tengok wayang la. hehehe...belum cukup gila 2...standad punya aktiviti.
Selalu yang jadi peneman setia aku tak lain tak bukan ialah ENCHEK DEAN. Di sebabkan weekend dia pun ada class, so SATURDAY NITE dia akn teman kn aku for a whole nite. ~aikkkk~.....jangan pikir bukanbukan ehhh.

Lepas je settle tengok wayang, kami tak terus balik....tp, kami akan merayap jadi kutu malam. Pusing-pusing ke KL. Tak pun kami pusing-pusing sampai ke Port DICKSON. Time kt PD 2, aku yang suggest pergi ke sana. Rindu nk main kt pantai. Sebab last aku main pasir kt pantai pun time kt T'GANU ari 2 pas2 x jumpa2 da pantai.hehehe kesiankn....maklumlah kt BANGI ni ape yang ada...
Sesampai kt sana, aku pun apa lagi terus la ke gigi pantai...bermain dengan ombak. Nyamannye rasa bermain di pantai di kala dinihari. Hahaha...(poyos je ayat aku ni). Kami melepak sampai pagi. Kesian dgn ENCHEK DEAN....melayan gila aku. Da puas main ombak, kami p tapau makan kt BANGI KOPITIAM. Ingatkan ada kat BANGI je.hehehhe...

Ade 1 malam tu aku dengan ENCHEK DEAN pegi melepak kat GENTING pun time2 dinihari jugak. Hujan pun baru reda time 2, memang sejuk sesgt. Nasib baik la aku pakai sweater so, tahan la sikit dan agak kesian dengan ENCHEK 2, hanya berbalutkn t-Shirt semata. Poor you darling...hehheheh. Kabus tebal menyelubungi kawasan....tp kami cuma melepak di Lobi Hotel. Melepak sampai pagi....Lepas ni xtau la nk buat ape pulak
hmmm~ nk tulis ape lagi ehh....kekeringan da ni. Ohhh ya...pada ENCHEK DEAN, terima kasih coz ko selalu luangkn masa temankn aku...SARANG HAE....

Monday, April 26, 2010

TAHUKAH ANDA

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.
TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...
KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek " Ada duitkah suamiku?"

TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau " duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?
Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan
TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut
lagi..Cissss! !
Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam .
TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...
Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?"
Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...
Tahu tak kau wahai suami,
isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur
tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...
INI YANG BEST NI Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia
orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia rang musti tahu punya....
Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain
Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ...


Pengajaran ayat: Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan.
Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...???
Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit......
Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu???
Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia??????
Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....
FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... ...
...

Monday, April 19, 2010

Bunga2 kekeringan...



Halo-halo.....arini kt opis mmg xde keje. Almaklum la MONDAY BLUS.
Teringat bunga-bunga yg MAYA belikn time dia p berjalan ngn ODEN.
di CAMERON HIGHLANDS
Aku n K.GNIE wat la bunga kering untuk di hiaskn kt umah kami yg x bebunga...hahaha
Cantikkan, ada kaler merah,biru,kuning...hmmmm pandai dia.



Mula2 kami keringkan bunga2 tu. Disebabkan xda tempat tuk keringkan, kami just lekatkan kt dinding umah yg kosong 2. Sepanjang dinding ke bilik 2 penuh la ngn bunga2 kami lekat.

Seminggu jugak la proses nk bagi kering bunga2 ni....wangi pun mantain lagik.


Setelah dah betol2 kering....hmmmm ni lah hasil nya. Cantikkan.
Sekarang dah berbunga la rumah kami. Baru la nampak skit mcm rumah orang perempuan.
hehehhe

MAYBE

Maybe

Maybe God wants us to meet a few wrong people before
meeting the right one so that when we finally meet
the right person, we will know how to be grateful for
that gift.

When the door of happiness closes, another opens, but
often times we look so long at the closed door that we
don't see the one, which has been opened for us.

The best kind of friend is the kind you can sit on a
porch and swing with, never say a word, and then walk
away feeling like it was the Best conversation you've
ever had.

It's true that we don't know what we've got until we
lose it, but it's also true that we don't know what
we've been missing until it arrives.

Giving someone all your love is never an assurance
that they'll love you back! Don't expect love in
return; just wait for it to grow in their heart but
if it doesn't, be content it grew in yours. It takes
only a minute to get a crush on someone, an hour to
like someone, and a day to love someone, but it takes
a lifetime to forget someone.

Don't go for looks; they can deceive. Don't go for
wealth; even that fades away. Go for someone who makes
you smile because it takes only a smile to make a dark
day seem bright. Find the one that makes your heart smile.

There are moments in life when you miss someone so
much that you Just want to pluck them from your dreams
and hug them for real!

Dream what you want to dream; go where you want to go;
be what you want to be, because you have only one life
and one chance to do all the things you want to do.

May you have enough happiness to make you sweet,
enough trials to make you strong, enough sorrow
to keep you human, enough hope to make you happy.

Always put yourself in others' shoes. If you feel that
it hurts you, it probably hurts the other person, too.

The happiest of people don't necessarily have the best of
everything; they just make the most of everything that
comes along their way; Happiness lives for those who
cry, those who hurt, those who have searched, and
those who have tried, for only they can appreciate the
importance of people who have touched their lives.

Love begins with a smile, grows with a kiss and ends
with a tear.

The brightest future will always be based on a
forgotten past, you can't go on well in life until
you let go of your past failures and heartaches.

When you were born, you were crying and everyone
around you was smiling.

Live your life so that when you die, you're the one
who is smiling and everyone around you is crying.


~~~Whatever mountains stands in your path,
Whatever obstacle blocks your way,
Whatever difficulty immobilized you,
The prayer full of faith can remove it~~~.

Friday, April 9, 2010

CINTA KASIH SAYANG HATI

CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.



SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :
(sebelum kahwin)

H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa...

nak buat macam mana? Renungkan la....

Wednesday, April 7, 2010

10 sifat calon suami yg baik

Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita.

Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki.

Jadi, apa yang aku tulis di bawah ini adalah sesuai untuk lelaki dan juga wanita.

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

10 sifat calon suami yang baik:Â

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Tuesday, April 6, 2010

Permata hati aku.


tetiba ada pulak gamba2 ni....Budu+tempoyak..1st time aku rasa benda alah ni...sedap rupanye. Di makan bersama ulam-ulaman. Bendi rebus,timun,ubi cekur..huh mmg mantop la menu kami.
Kami bahagikan tugas sorg 1 menu. sama2 masak kt dapor. Aku cm biase la...tau nk masak sayur je, mende lain x brapa nk pro so di serahkn pada KAK GNIE untuk mengimprovekn lagi skill dia masak sambal tomes...hehehe


Buah hati pengarang jantung aku....AKIM n ALIF(muka dia ni cm AGNES MONICA pn ye gak)



Jalan PEKAN CINA.

MASJID ZAHIR, Aloq Stuck....

Saturday, April 3, 2010

Y DOES LOVE HURT SO MUCH???

Love hurts so much because we allow it to hurt. It's human nature. Getting hurt is a part of life. It's how you handle the hurt or how you allow it to affect you. When two people are in a relationship there are good times and bad times being in a relationship is a great feeling.

Knowing that you have a person that loves you is such a wonderful thing. But sometimes people put to much faith in other people and then when that person doesn't live up to the other person's expectations then there are a huge amount of disappointment and hurt. Why do we allow other people to control our emotions?

A broken heart really is one of the worst feelings in the world. When you find out somebody that you love, somebody that you gave such a huge part of yourself to betrayed you, is indescribable. You feel this pain in the middle of your chest and it literally just aches. It hurts oh so bad! And then the tears and crying set in. opinion you do need to allow yourself to grieve. You need to accept everything that has happened and then you just need to look inside yourself to find the courage and strength needed to move on. This is so much easier said than done. It is a part of life. One thing we have to learn is when one door closes three more usually open.


Everything happens for a reason. You must be strong and simply commit to yourself.

doa kekasih

Haiiii...

Arini aku dok check kt mail box,betapa banyak nye email ntah hape-hape. Lepas 2 kn, aku tertengok la kt box send item. hmmm ade plak DOA KEKASIH ni. Pade korang yg baca ni, boleh la try amalkan selalu. Insyaallah.

Dengan nama Allah

Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku, tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…


Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ke tepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…


Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan…
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh dari pandangan ku…
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…


Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik buatku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…


Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini…
Janganlah engkau biarkan aku bersendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah…


Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat…
Dan peliharalah kami dari azab api neraka…


Amin… Amin… Amin…Ya rabbal ‘aalamiin…

Thursday, April 1, 2010

TAFSIR MIMPI DALAM ISLAM

Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.

Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya,"Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku".Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya". Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut. Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu menafsirkan kebenarannya.



Tafsir Mimpi Mengikut Islam

* Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian

* Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat

* Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat

* Bermimpi memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh

* Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia

* Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan

* Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda

* Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar

* Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa

* Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

* Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain

* Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat

* Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira

* Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala

* Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar

* Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran

* Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan

* Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat

* Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang

* Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian

* Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan

* Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan

* Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat

* Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan.



Tafsir Mimpi Mengikut Islam

* Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh

* Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar

* Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar

* Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya

* Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati

* Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup

* Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai

* Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita

* Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita

* Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa

* Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.

* Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.

* Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.

* Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.

* Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.

* Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.

* Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.

* Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.

* Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat

* Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati

* Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna

* Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu

* Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang

* Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik

* Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah WaliAllah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat

* Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga

* Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

* Jikadi dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorangitu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan

* Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w

* Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan

* Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal

* Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna